Sunday, 23 November 2014

Pengenalan Komunikasi

Apa itu komunikasi??


Kebanyakkan daripada kita mengandaikan komunikasi itu sebagai percakapan sehari-hari tak kiralah ianya percakapan yg rasmi atau sebaliknya. 

Guffey dan Almonte(2010), yang mengatakan bahawa komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.


Proses Dan Elemen Dalam Komunikasi


Menurut Bovee dan Thill, proses komunikasi terdiri atas enam tahap:
  • penginterpretasian
  • penyandian
  • pengiriman
  • perjalanan
  • penerimaan
  • penyandian baik

Gambar di atas adalah model komunikasi yang diajukan oleh Nelson dan Coxhead (1997). Lucu? hahaha :)

Elemen-elemen dalam komunikasi


Elemen-elemen tersebut ialah: 

•• Penyampai 
- Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi.
- perlakuan lisan dan bukan lisan

•• Penerima
- Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat

•• Maklumat / mesej
- maksud/ fakta / niat yang difahami oleh penerima maklumat

•• Maklumbalas 
- Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesaj sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej

•• Saluran
- Media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej
- saluran paling asas:melalui pendengaran dan penglihatan
- saluran-saluran tambahan: media elektronik, lukisan di kanvas atau bahan cetakan dan sebagainya

•• Konteks
-Keadaan (situasi) penyampai mesej daripada pemberi, mesej kepada penerima mesej (contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya)



Komunikasi sebenarnya merangkumi dua aspek iaitu: 

1. Komunikasi lisan.
~melibatkan percakapan atau perbualan dan penulisan yang bertujuan menyampaikan mesej antara satu pihak dan penerima mesej itu akan memproses mesej.
~tidak terhad secara "face to face" saja, malah komunikasi secara virtual seperti e-mel.
~ maksudnya boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan perkataan 
~ dapat menentukan bila bermula dan berakhir 

2. Komunikasi bukan lisan.
~ berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan
~ kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat
~ sukar untuk dipastikan apabila berakhir kerana mungkin tersembunyi.
~ melibatkan gerakan seseorang individu yang ditunjukkan seperti pergerakan tubuh, tangan atau kepala, mimik muka termasuk mata, hidung dan bibir. 
~Contohnya, menggelengkan kepala memberi maksud tidak setuju dan sebaliknya jika menganggukkan kepala menanda setuju. 


Gambar ini menunjukkan contoh mimik muka iaitu pergerakan mata.


No comments:

Post a Comment