Monday 24 November 2014

Video :)


A video entitled "Interview For JPA Schoolarship" presented by our group members.




We were having so much fun during shooting this video...hope you guys enjoying this video! Thank you!


Temuduga

Apa itu TEMUDUGA???

-Perbualan atau dialog terkawal khusus untuk mencari calon terbaik mengisi kekosongan pekerjaan 
-Membolehkan calon ‘menjual’ kebolehan dirinya dan mengetahui lebih mendalam tentang syarikat


Persediaan Menghadiri Temu duga
-Pastikan tempat dan masa temu duga, nama penemu duga dan cara menyebut namanya serta panggilan.
-Mencari maklumat tentang syarikat seperti produk keluaran dan cawangan-cawangan.
-Cari maklumat bagaimana majikan akan tertarik dengan kelayakan yang anda peroleh
-Mengenali diri anda – kekuatan dan kelemahan
-Menyusun dokumen
-Mengetahui ciri-ciri pekerja yang diingini majlikan
-Cari ketetapan bagaimana peluang yang anda peroleh memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang dalam meningkatkan kerjaya.
-Ketahui bentuk soalan yang sering ditanya semasa temu duga.
-Menyediakan jawapan bagi soalan yang akan kemukakan
-Bersedia dari segi fizikal dan mental
-Penampilan diri yang baik
-Latihan di depan cermin
-Mock interview

Mengawal Tingkah laku Ketika Proses Temu dugaTiba Di Tempat Temu duga
Tiba pada waktu yang tepat seperti yang ditetapkan sekurang-kurangnya 15-20 minit lebih awal. Ini dapat mententeramkan diri anda. Perkara yang patut dilakukan ialah :
  • Memperkenalkan diri dengan yakin kepada penyambut tetamu.
  • Berikan nama dan nyatakan masa temu duga.
  • Memerhatikan keadaan sekitar bilik untuk mendapat sedikit maklumat tentang syarikat berkenaan.
  • Mengingati semula maklumat yang sedia ada dan bersikap positif.
  • 23. Mengawal Tingkah laku Ketika Proses Temu duga
  • Perkara yang perlu dielakkan:
  • Jangan buat bising
  • Jangan bersikap kelam kabut
  • Jangan berbual dengan semua orang yang berada di bilik menunggu
  • Dilarang menghisap rokok
  • Apabila tiba giliran untuk ditemu duga, jangan meminta izin untuk ke bilik air
  • Jangan menyelongkar fail yang mengandungi dokumen
  • 24. Mengawal Tingkah laku Ketika Proses Temu duga
  • Ketika Melangkah Masuk ke dalam bilik temuduga
  • Menampilkan imej yang cukup baik kerana tanggapan pertama penting dan kekal dalam ingatan:
  • Tunggu sehingga nama anda dipanggil sebelum masuk ke bilik temu duga.
  • Ketuk pintu perlahan-lahan sebelum masuk
  • Lemparkan senyuman pada panel temu duga dan berjabat tangan jika penemu duga menghulurkan tangannya
  • Tunjuk minat untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh penemu duga
 Mengawal Tingkah laku Ketika Proses Temu duga
  • Perkara yang perlu dielakkan:
  • Jangan masuk ke bilik temu duga sebelum anda dipanggil
  • Jangan melangkah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Ketuk pintu dengan jelas tetapi janganlah terlalu kuat.
  • Jangan terburu-buru duduk di kerusi
  • Jangan menghulur tangan jika penemu duga tidak menghulurkan tangannya
  • Jangan berlengah semasa diminta duduk dan bersedia
  • Jangan tarik kerusi sebelum kerusi
  • Jangan membongkok atau menumpang dagu semasa duduk.
  • 26. Mengawal Tingkah laku Ketika Proses Temu duga
  • Semasa di temu duga
  • Anda dinasihatkan bertenang, dan cuba sedaya-upaya untuk menenangkan hati anda.
  • Kawal gerak-geri tubuh anda kerana penemu duga mengetahui banyak perkara melalui isyarat yang anda berikan contohnya riak muka.
  • Bertuturlah dengan penuh yakin dan tunjukkan keyakinan anda dan buktikan anda mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas.
  • Yakinkan penemu duga bahawa andalah yang paling layak untuk menjawat jawatan itu.
  • Tunjukkan sifat kepimpinan dan daya inisiatif anda melalui jawapan dan penerangan yang diberi.
Perkara yang Perlu Dielakkan semasa ditemu duga
  • Jangan merokok walaupun diajak oleh penemu duga.
  • Jangan mengunyah ‘chew gum’.
  • Jangan jawab soalan yang dikemukakan dengan jawapan yang ringkas – jawab soalan dalam bentuk memberi penerangan.
  • Jangan menipu, jawab dengan jujur, terus-terang, ringkas serta padat
  • Jangan menjawab soalan dengan keterlaluan. Sekiranya penemu duga cuba bangkitkan isu politik atau isu yang sensitif, banyakkan mendengar daripada bercakap.
  • Jangan tanya tentang gaji, cuti, bonus, persaraan serta lain-lain.
Mengawal Tingkah laku Ketika Proses Temu duga
-Bahasa badan ketika di temu duga
Penemu duga dapat mengetahui banyak perkara tentang diri anda dengan memerhatikan gerak-geri anda semasa di temu duga.
Contoh bahasa badan:
  • Bongkokkan badan anda ke hadapan sedikit
  • Menunjukkan anda berminat dan menumpukan sepenuh perhatian
  • Sentiasa memandang tepat ke arah wajah penemu duga
  • Menunjukkan anda seorang yang peramah dan mudah bergaul dengan orang lain
  • Letakkan tangan anda dalam kedudukan yang selesa dan biasa
  • Menunjukkan anda berasa selesa dan tenang
  • Berpeluk tubuh dan menyilang kaki
  • Menunjukkan anda seorang yang cepat mempertahankan diri dan tidak yakin
  • Bersandar ke belakang
  • Menunjukkan anda tak berminat atau tidak mengambil berat
  • 33. Mengawal Tingkah laku Ketika Proses Temu duga
  • Selepas temu duga
  • Kemungkinan anda akan diterima atau gagal.
  • Jika berjaya cubalah tunaikan tanggungjawab yang telah diberikan.
  • Jika gagal jangan berputus asa dan cuba lagi pada masa hadapan
  • Jika ingin memohon sesuatu pekerjaan, persediaan awal perlu untuk membantu anda berjaya dalam permohonan yang dibuat. Banyakkan pengetahuan dan kemahiran diri sendiri.
  • 34. Faktor Kegagalan dalam Temu Duga
  • Tiada perancangan – tidak pasti tujauan / matlamat
  • Komunikasi : Sukar mengemukakan sesuatu, gagal menjawab soalan
  • Tidak berkelayakan
  • Tidak mempunyai pengetahuan tentang organisasi
  • Menunjukkan sikap kurang berminat terhadap organisasi
  • Tidak mahu ditempatkan ke cawangan-cawangan lain
  • Penampilan yang keterlaluan, agresif dan angkuh
  • Hanya menunjukkan minat terhadap wang dan faedah
  • Tidak menunjukan minat dan kesungguhan
  • Tidak menepati masa
  • Penonjolan penampilan dan peribadi diri yang tidak menarik
  • Doklumen-dokumen yang kotor dan tidak teratur

Komunikasi Formal

Komunikasi formal merujuk kepada pertukaran maklumat yang berlaku secara rasmi dalam organisasi. Ia diperlukan untuk membolehkan seseorang berkomunikasi dengan berkesan dalam organisasi. Perbincangan akan meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk memperolehi, mentafsir dan menyampaikan maklumat bagi memenuhi keperluan dalam persekitaran di tempat kerja. Suatu komunikasi dapat dikatakan formal ketika komunikasi antara dua pihak atau lebih yang ada pada suatu organisasi dilakukan berdasarkan prinsip-prinsip dan struktur organisasi. 
Komunikasi bukan formal pula komunikasi dalam organisasi, tetapi tidak ditentukan dalam struktur organisasi. Fungsi adalah untuk memelihara hubungan sosial persahabatan, penyebaran informasi yang peribadi seperti isu gossip, atau rumor. Informasi dalam komunikasi bukan formal biasanya timbul melalui rantai kerumunan di mana seseorang menerima informasi dan menyebarkan kepada seseorang atau lebih dan seterusnya sehingga informasi tersebut tersebar ke berbagai kalangan. Implikasinya adalah kebenaran informasi tersebut menjadi kabur. Walau bagaimanapun, komunikasi ini bertujuan untuk memenuhi kebutuhan sosial, mempengaruhi orang lain, dan mengatasi kelambatan komunikasi formal yang biasanya cenderung kaku.



Aliran Komunikasi dalam organisasi

2 aliran komunikasi dalam organisasi: 
  • ·         Komunikasi formal


Komunikasi ke bawah berlaku apabila mesej disampaikan dari pihak atasan kepada bawahan. Antara bentuk komunikasi tersebut ialah arahan kerja, dasar dan prosedur dan juga maklumbalas pencapaian. Fungsi arus komunikasi dari atas ke bawah ini adalah: 
a) Pemberian atau penyimpanan instruksi kerja (job instruction) 
b) Penjelasan dari pimpinan tentang mengapa suatu tugas perlu untuk dilaksanakan (job retionnale) 
c) Penyampaian informasi mengenai peraturan-peraturan yang berlaku (procedures and practices) 
d) Pemberian motivasi kepada karyawan untuk bekerja lebih baik.

4 cara dalam penyampaian informasi kepada para pegawai menurut Level (1972): 
a) tulisan 
b) lisan 
c) tulisan diikuti lisan 
d) lisan diikuti tulisan


Komunikasi ke atas berlaku apabila mesej disampaikan dari pihak bawahan (subordinate) kepada atasan. 
Fungsi arus komunikasi ini: 
a) Penyampaian informai tentang pekerjaan pekerjaan ataupun tugas yang sudah dilaksanakan 
b) Penyampaian informasi tentang persoalan-persoalan pekerjaan ataupun tugas yang tidak dapat diselesaikan oleh bawahan 
c) Penyampaian saran-saran perbaikan dari bawahan 
d) Penyampaian keluhan dari bawahan tentang dirinya sendiri mahupun pekerjaannya.

Sharma (1979) mengemukakan 4 alasan mengapa komunikasi ke atas terlihat amat sulit: 
a) Kecenderungan bagi pegawai untuk menyembunyikan fikiran mereka 
b) Perasaan bahawa atasan tidak tertarik kepada masalah yang dialami 
c) Kurangnya penghargaan 
d) Perasaan bahawa atasan tidak dapat dihubungi dan tidak faham pada apa yang disampaikan pegawai

Komunikasi mendatar berlaku di antara individu yang menduduki jawatan yang setara dalam organisasi. 
Ini bertujuan untuk: 
a) Memperbaiki koordinasi tugas 
b) Keupayaan dalam pemecahan masalah 
c) Saling berkongsi informasi 
d) Keupayaan dalam pemecahan konflik 
e) Membina hubungan melalui kegiatan bersama

  • ·         Komunikasi tidak formal

Komunikasi ini berlaku dengan tidak mengikut struktur formal yang berlaku antara ahli dalam organisasi. Contohnya komunikasi melintang.

Sunday 23 November 2014

Pengenalan Komunikasi

Apa itu komunikasi??


Kebanyakkan daripada kita mengandaikan komunikasi itu sebagai percakapan sehari-hari tak kiralah ianya percakapan yg rasmi atau sebaliknya. 

Guffey dan Almonte(2010), yang mengatakan bahawa komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna daripada satu pihak(penghantar) kepada pihak yang lain (penerima). Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.


Proses Dan Elemen Dalam Komunikasi


Menurut Bovee dan Thill, proses komunikasi terdiri atas enam tahap:
  • penginterpretasian
  • penyandian
  • pengiriman
  • perjalanan
  • penerimaan
  • penyandian baik

Gambar di atas adalah model komunikasi yang diajukan oleh Nelson dan Coxhead (1997). Lucu? hahaha :)

Elemen-elemen dalam komunikasi


Elemen-elemen tersebut ialah: 

•• Penyampai 
- Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi.
- perlakuan lisan dan bukan lisan

•• Penerima
- Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat

•• Maklumat / mesej
- maksud/ fakta / niat yang difahami oleh penerima maklumat

•• Maklumbalas 
- Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesaj sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej

•• Saluran
- Media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej
- saluran paling asas:melalui pendengaran dan penglihatan
- saluran-saluran tambahan: media elektronik, lukisan di kanvas atau bahan cetakan dan sebagainya

•• Konteks
-Keadaan (situasi) penyampai mesej daripada pemberi, mesej kepada penerima mesej (contoh: masa, persekitaran fizikal, jumlah peserta dan sebagainya)



Komunikasi sebenarnya merangkumi dua aspek iaitu: 

1. Komunikasi lisan.
~melibatkan percakapan atau perbualan dan penulisan yang bertujuan menyampaikan mesej antara satu pihak dan penerima mesej itu akan memproses mesej.
~tidak terhad secara "face to face" saja, malah komunikasi secara virtual seperti e-mel.
~ maksudnya boleh dinyatakan dengan suara dan penggunaan perkataan 
~ dapat menentukan bila bermula dan berakhir 

2. Komunikasi bukan lisan.
~ berlaku tanpa menggunakan sebarang perkataan
~ kandungan boleh menunjukkan maksud yang tersirat
~ sukar untuk dipastikan apabila berakhir kerana mungkin tersembunyi.
~ melibatkan gerakan seseorang individu yang ditunjukkan seperti pergerakan tubuh, tangan atau kepala, mimik muka termasuk mata, hidung dan bibir. 
~Contohnya, menggelengkan kepala memberi maksud tidak setuju dan sebaliknya jika menganggukkan kepala menanda setuju. 


Gambar ini menunjukkan contoh mimik muka iaitu pergerakan mata.


Hi Welcome :)


Hi, we are here to thanks our of lecturer of communication skills (TU 3053), Mrs. Isma Rosila binti Ismail who provides guidance and tutoring us in all of our assignment for this courses. Next don't forget also our lovely group members who collaborating all the way during this assignment. Your cooperation are priceless! Last but not the least, we appreciate also all the people who involve either directly or indirectly to help us complete our assignment. 

Thank You!!

Have a nice day!!!


Your Sincerely,
ROSHAINE